titipan mesra, cetusan rasa

Salam Sejahtera para pengunjung, semua catatan di laman ini adalah cetusan hati daku sahaja, tiada niat menyindir sesiapa yer..andai ada yang terasa atau ada silapnya di mana-mana sila beritahu daku.. sumber gambar adalah dari google sekiranya bukan dari milik peribadiku..selamat membaca dan happy blogging!

kamu sumber ilhamku

Tuesday, July 5, 2011

APA ITU TEMBUNI @ URI ???

Salam semua, jom share sesuatu pagi nih...nih daku amik darp FB Persatuan Ibu- Ibu Comel Mengandung...untuk rujukan kengkawan juga..meh baca..

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.

Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.

“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.

Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.

“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.

Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.

Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.

Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.

Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.

“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.

Tapi bagaimana pula jika uri berkenaan dibuang saja? Apakah hukumnya?

“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.

“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi.

Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya.

Nabi pernah berkata, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.

Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.

“Cukup sekara baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah

uri kita..

13 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

info baek...tq...

PinKy MoMMa said...

tak pernah berpeluang tgk uri hehehe
a'ah ada yg kite tgk kan pasangkan lampu memalam ;)

kite cuci bersih bersih je dan tanam dalam dalam skit..tkt anjing gali hehe

rATu kEBaYA said...

bagus betul info ni..

ada dengar petua org dulu2 masa tanam tu letakkan pencil supaya anak rajin blajar..

ajumohit said...

gud info iduraz...anak2 akak semuanya lain2 tmpt tanam uri tu, phg, ampang, gombak hehehehe

ZSqueenbee said...

ooo alhamdulillah ade sumting yg berguna leh share..sye pon tgh sarat mengandung ni..blh la bg link ni kt hubby suh dia pon bljr skali..tankz!!

:: Mrs.Eady :: said...

1st time tgk gmbr uri..huhhu....

iduraz said...

@mama mya: aah gud info tuk kita sume

iduraz said...

@pinky momma:liza pernah tengok..mcm rupa paru lembu kan..huhuhuhu..psg lampu tu ishh pelik bebenor

iduraz said...

@ratu kebaya: aah kan..supaya anak pandai..sabar jerla

iduraz said...

@kak aju: oh yeker..takperla, nanti merata depa berjalan..hehehe

iduraz said...

@queenbee:ok dear..shre kan eh..suma boleh baca..

iduraz said...

@ms. eady: oo, tk pernah tengok ek..tulah rupanya uri

Sedetik Cuma said...

Sy pernah tengok majalah 3 baru2 ni. Di kampung air di Brunei, masyarakat Melayu disana meletakkan uri di dalam bekas dan di gantung di pokok sepanjang sungai..dah nmpk pkok semua bergayut sarat dgn tin dan bekas2 berisi uri..pelik tp benar..

SEMOGA SENTIASA DIBAWAH RAHMATNYA

Daisypath Anniversary tickers

PERMAISURI KASIH SAYANG

Lilypie Second Birthday tickers