titipan mesra, cetusan rasa

Salam Sejahtera para pengunjung, semua catatan di laman ini adalah cetusan hati daku sahaja, tiada niat menyindir sesiapa yer..andai ada yang terasa atau ada silapnya di mana-mana sila beritahu daku.. sumber gambar adalah dari google sekiranya bukan dari milik peribadiku..selamat membaca dan happy blogging!

kamu sumber ilhamku

Wednesday, July 20, 2011

di ambang Ramadhan

Salam, tengahari semalam ada ceramah di opis saya..penceramah yang di jemput mesti suma orang kenal..ala Ustaz Zulkarnain Hamzah tu, pengacara Imam Muda 1 dan II dan beberapa rancangan di Astro Oasis tuh..
Tajuk ceramah semalam,.di ambang Ramadhan..daku cita skit-skit ek ape yang ku dengar semalam..kalau ada salah, tolong betulkan yerk..kata ustaz tuh:
  1. kita sebagai umat Islam haruslah menghebahkan ketibaan bulan yang mulia ini sebagaimana kita menghebahkan ketibaan hari-hari penting yang lain..tujuan, supaya kita sama-sama bersedia untuk beramal di bulan yang penuh berkat ini.
  2. nak masuk bulan Ramadhan nih samalah macam kita nak masuk sekolah..kena buat persiapan baru, telekung baru, pakaian baru untuk bersolat Tarawikh..kalau boleh belikanlah kedua ibu bapa kita telekung/sejadah baru ataupun pakaian baru supaya mereka gembira menyambut Ramadhan..selain dari tu kita juga boleh membersihkan masjid, surau supaya dapat berjemaah dengan selesa.
  3. Kalau dapat, 1st day bersahur tu, pulanglah bersahur dengan orang tua kita..kalau mereka masih ada..sebab hati orang tua nih sensitif, hari pertama sahur tu mesti dia teringaktkan anak-anaknya...:(
  4. selepas bersahur pada hari pertama tuh, masa masuk waktu Imsak, bacalah: Alhamdulillah, Hamdanlillah dan Wasyukrulillah...sekali jer rasanya..dia tak cakap plk bape kali..kalau sesapa tau sila tambahkan dan share yerk..
  5. Kita kena asingkan peruntukan untuk bulan Ramadhan ini..satu bahagian untuk disedekahkan, satu bahagian untuk perbelanjaan dan satu bahagian lagi untuk bayar zakat fitrah supaya kita dapat beribadat dengan tenang.
hurm, tulah antara yang disampaikannya, kalau tak berapa tepat daku minta maaf dan sekadar berkongsi ilmu yang sedikit ini...manalah tau ni adalah Ramadhan terakhir ku..Ustaz juga ada cakap, pada malam Lailatulqadar, senarai  umat Islam yang akan meninggal dunia sebelum tiba Ramadhan berikutnya sudahpun ada. Wallahualam..

ustaz Zulkarnain Hamzah

p/s: di kesempatan ini daku memohon maaf jika ada terlanjur kata atau tersilap bahasa kepada sesiapa walaupun kita tak pernah bersua....:)

2 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

nice entry..

iduraz said...

hehe, share ape yang daku dengar..sama-samalah kita amik iktibar..

SEMOGA SENTIASA DIBAWAH RAHMATNYA

Daisypath Anniversary tickers

PERMAISURI KASIH SAYANG

Lilypie Second Birthday tickers