titipan mesra, cetusan rasa

Salam Sejahtera para pengunjung, semua catatan di laman ini adalah cetusan hati daku sahaja, tiada niat menyindir sesiapa yer..andai ada yang terasa atau ada silapnya di mana-mana sila beritahu daku.. sumber gambar adalah dari google sekiranya bukan dari milik peribadiku..selamat membaca dan happy blogging!

kamu sumber ilhamku

Monday, October 31, 2011

tak sempat ku merasa kasihnya..

Salam...sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung Oktober...kejap jer rasa masa berlalu..harini 30 Oktober, genap 3 tahun ibu mertua ku pergi meninggalkan kami...daku sempat mengenali dan merasa sedikit kasih nya masa ku masih lagi berkawan dan bertunang dengan suamiku...dia pergi mengadap Ilahi lebih kurang 6 bulan sebelum kami bernikah....ibu mertua ku ini seorang yang sangat lembut orangnya...masa ku sempat ketemu dia dulu pon dia dah sakit, tak boleh nak bercakap sangat tapi dari dari riak wajah dan senyum nya ku dapat rasakan dia merestui hubungan kami..ada la beberapa kali ku berkunjung ke rumah bakal suamiku pada ketika itu sambil menziarahinya...masih lagi ku ingat, sehari sebelum dia pergi aku ada juga datang menjenganya, dia pegang tangan ku masa ku bersalam nak balik..pegangan nya ku rasakan lama sikit, seolah-olah tak kasi ku pulang...bila dikenang balik, rasa sedih sangat..terkejut la jugak  tetiba masa tengah kerja bakal suami call bagitau maknya dah takde...TUHAN lebih menyayangi dia kan... tatkala itu jadilah suami ku yatim piatu kerana ayahnya dah terlebih dulu meninggal dunia masa dia berumur 14 tahun...tapi ku bangga dengan dia, sebab dia boleh berdikari sendiri walaupun dia anak bongsu..hurm...oklah, sebelum air mataku meleleh lebih banyak..ku mengundur diri dulu yerk...semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Amin dan Al-Fatihah untuk mereka yang telah tiada...:)

4 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

sedihhhhh....hatini pon teraseee...

.:fyzz:. said...

AL fatihah..tabahnya hati suami idura..sbb dh kehilangan mak dan ayah..mujur ada isteri dan anak pelengkap diri..

IntaNBerliaN said...

Semoga arwah tenang di sana.. banyak2 sedekahkan fatihah utk arwah..

Alin Marlini said...

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmant Yang Esa. Amin.

SEMOGA SENTIASA DIBAWAH RAHMATNYA

Daisypath Anniversary tickers

PERMAISURI KASIH SAYANG

Lilypie Second Birthday tickers