titipan mesra, cetusan rasa

Salam Sejahtera para pengunjung, semua catatan di laman ini adalah cetusan hati daku sahaja, tiada niat menyindir sesiapa yer..andai ada yang terasa atau ada silapnya di mana-mana sila beritahu daku.. sumber gambar adalah dari google sekiranya bukan dari milik peribadiku..selamat membaca dan happy blogging!

kamu sumber ilhamku

Saturday, December 24, 2011

cinta saya pada mereka...

Salam,dalam diam hujung tahun 2011 dah pon menghampiri kita, dalam tak sedar banyak kenangan mengusik jiwa yang kita rasa sepanjang perjalanan hidup kita ini...Alhamdulillah,ku bersyukur ke hadratNYA kerana saat dan tika ini kami masih lagi di sini sebagai satu keluarga yang amat bahagia....yang sentiasa memerlukan rahmat dari Yang Esa...kadang-kadang hati sayu, sedih sebab terasa diri kita nih tak seperti orang lain yang mampu menjadi isteri yang sempurna di mata suaminya,ibu yang sempurna untuk anak keesayangan, anak yang sempurna untuk kedua ibu bapa tercinta dan rakan yang sempurna untuk kalian semua..tapi ku harus akui, manusia tidak akan sempurna tanpa diduga...apa yang ku ada hari ini adalah nikmat yang paling brharga yang perlu ku jaga dan hargai kehadirannya...semoag kekuatan dan ketabahan sentiasa berada  bersama kita untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini...semoga cinta saya kepadda mereka akan mekar dan mewangi abadi...amin.


Tuesday, December 13, 2011

uniform sekolah pon ada fesyen gak!


haii...skang ni tengah cuti sekolah kan kengkawan, makanya ramailah ibu ayah dah siap sedia nak belikan anak-anak kelengkapan sekolah untuk tahun depan..dapat duit RM100 sorang campur ngan bonus setengah juta bulan gaji (kalu keje gomen) tu Alhamdulillah, at least leh mengurangkan sikit beban kan kengkawan...tup tup ku teringat akan uniform sekolah masa zaman  ku sekolah dulu....
masa zamanku (around tahun 1990-an), kalau seluar panjang bebudak lelaki tu siaplah bertempah...port dia?kat Campbell sana..ramai kengkawan gi tempah suar kat sana kan...kononya stylo skit la dari beli kat kedai seperti KAMDAR..ahakss...tu bg yang mampu ler, mana yang kehidupan agak susah, pakai jer yang ready made...
kalau dak pempuan plak, baju kurung putih kain licin tu dikira paling bagus la..tak main la kain cotton, even kat skolah ku dulu diharamkan pakai baju kurung kain licin, ada gak yang buat..hehehehe..kain sekolah mesti mencecah lantai, so lantai skolah akan bersih sebab tak perlu disapu!.bab tudung plak, siap ada awning..awningnyer diperbuat daripada plastik lutsinar yang untuk buku folio tu...hehehehe..kelakar jer kan..dah macam robocop pon ada...hadoiila, memacam ada..rindu sangat zaman sekolah-sekolah dulu..kalaulah boleh diputar kembali masa...hurmmmm

kalaulah uniform kita secantik ini

Tuesday, December 6, 2011

ribut petang semalam, buat ibu tak duduk diam!

tak pasti kat negeri lain, tapi kat KL petang semalam ada ribut kan..around kui 6 lebih..masa tu ku duk tengok tv sambil melayan anak daraku yang baru bangun dari tidur..memula kat luar, cuaca gelap jer, tandanya hujan nak turun, tup tup, angin bertiup sangat kencang dan ribut pon datang melanda...ku dah start fikir bebukan, almaklumlah, duk rumah bertingkat-tingkat kan..harusslah gayat...masa tu ayahnya takde plak, lagi la takut...si kecil tu dah peluk aku erat-erat, dia pon tau erti takut..:) nasib baik dalam 10 minit camtu, ribut pon reda..tapi dengar banyak jugak pokok tumbang di jalanan..hurmm...itulah kekuasaan ALLAH kan..ku terfikir, mungkin itulah peringatan dari NYA supaya kita sebagai hamba tidak terus ter"leka"..Wallahualam...


Sunday, December 4, 2011

tentang dia..

dah lama dah takde entry baru dalam blog picisan saya nih..tu yang sorang follower dah larikk ni..hehehehe...takde entry bukan bermakna ku dah tak de di dunia blog yer, ku rajin je baca entry best2 kat umah kengkawan suma, cuma ku dah lama tak buat entry sejak bateri kamera ku kong! haduii, kalau stakat guna bater AA tu memang dah lama dah beli..ni kena carik bateri kamera T5O yang regenyer lbh kurang RM150 tuh..huhuhu..tak terbeli-beli..ahaks..
memalam cenggini, time mata blom nak terlelap fikiran mula lah menerawang, fikir memacam, dari yang elok-elok sampailah yang bukan bukan..hurm..pempuan memang gini kan..sokmo berfikir...dok berfikir pasal anak, suami, mak ayah orang sekeliling sampaikan jiran sebelah pon nak fikir..ahaks...teringat kata ex-boss ku yang dah sambung amik master tu..(i really salute him, so cool)-manusia kena salu berfikir sebab berfikir tu adalah satu exercise!..so korang moh la kita berfikir yerk..hehehehe..ok, till then..bye!


SEMOGA SENTIASA DIBAWAH RAHMATNYA

Daisypath Anniversary tickers

PERMAISURI KASIH SAYANG

Lilypie Second Birthday tickers