titipan mesra, cetusan rasa

Salam Sejahtera para pengunjung, semua catatan di laman ini adalah cetusan hati daku sahaja, tiada niat menyindir sesiapa yer..andai ada yang terasa atau ada silapnya di mana-mana sila beritahu daku.. sumber gambar adalah dari google sekiranya bukan dari milik peribadiku..selamat membaca dan happy blogging!

kamu sumber ilhamku

Tuesday, December 13, 2011

uniform sekolah pon ada fesyen gak!


haii...skang ni tengah cuti sekolah kan kengkawan, makanya ramailah ibu ayah dah siap sedia nak belikan anak-anak kelengkapan sekolah untuk tahun depan..dapat duit RM100 sorang campur ngan bonus setengah juta bulan gaji (kalu keje gomen) tu Alhamdulillah, at least leh mengurangkan sikit beban kan kengkawan...tup tup ku teringat akan uniform sekolah masa zaman  ku sekolah dulu....
masa zamanku (around tahun 1990-an), kalau seluar panjang bebudak lelaki tu siaplah bertempah...port dia?kat Campbell sana..ramai kengkawan gi tempah suar kat sana kan...kononya stylo skit la dari beli kat kedai seperti KAMDAR..ahakss...tu bg yang mampu ler, mana yang kehidupan agak susah, pakai jer yang ready made...
kalau dak pempuan plak, baju kurung putih kain licin tu dikira paling bagus la..tak main la kain cotton, even kat skolah ku dulu diharamkan pakai baju kurung kain licin, ada gak yang buat..hehehehe..kain sekolah mesti mencecah lantai, so lantai skolah akan bersih sebab tak perlu disapu!.bab tudung plak, siap ada awning..awningnyer diperbuat daripada plastik lutsinar yang untuk buku folio tu...hehehehe..kelakar jer kan..dah macam robocop pon ada...hadoiila, memacam ada..rindu sangat zaman sekolah-sekolah dulu..kalaulah boleh diputar kembali masa...hurmmmm

kalaulah uniform kita secantik ini

4 comments:

Alin Marlini said...

mmg cantik kalaukat M'sia ada uniform secantik itu..kemas & segak. Ini ada sekolah murid2 nak pakai tudung awning pun dilarang..kan kemas kalau pakai tudung camtu..

Cho Zila said...

kalau pakai macamtu mengeluhlah lagi mak bapak.. mana nak cekau duit nak beli kot tu lak...

Qhaifa Nur said...

memang smart takut kita semua tak mampu...
suka gak uniform sekarang ni diubah designnya..

wahida said...

kalau pakai kot mcm tu sesuai utk pengawas je kot..hehe...

lagi satu mcm panas je...huhu...

SEMOGA SENTIASA DIBAWAH RAHMATNYA

Daisypath Anniversary tickers

PERMAISURI KASIH SAYANG

Lilypie Second Birthday tickers