titipan mesra, cetusan rasa

Salam Sejahtera para pengunjung, semua catatan di laman ini adalah cetusan hati daku sahaja, tiada niat menyindir sesiapa yer..andai ada yang terasa atau ada silapnya di mana-mana sila beritahu daku.. sumber gambar adalah dari google sekiranya bukan dari milik peribadiku..selamat membaca dan happy blogging!

kamu sumber ilhamku

Wednesday, January 11, 2012

Roasted Almond Gold Whittakers..

Rasanya ramai kot yang dah pernah makan cokelat nih..daku diperkenalkan oleh kawanku masa kitorang gi kursus kat Langkawi bulan November tahun lepas...kat sana diorang jual RM6.50 per pack (3 ketui) atau nak lagi jimat RM19.00 3 pack...ku pon belilah 3 pack sebab dah kata sedap dan rege lebih murah dr kat KL kan..ku try dan ku akui memang sedap..almond penuh kt dalam tuh..ku memang prefer cokelat yang ada kekacang dari yang plain jer..muak..hehehe...sedap la, ku sukaaa..dan akan daku beli lagi kalo gi Langkawi..huhuhu..sesapa yang belum pernah try, nanti korang cari la yerk..rupa dia seperti di bawah ini...


sedap...

Tuesday, January 10, 2012

bila kita kena nilai...



rasanya suma kengkawan pon sama kan..setiap hujung tahun akan dinilai prestasi kerjanya, tak kira la gomen atau private sector..kalau dalam gomen dipanggil Laporan Nilaian Prestasi Tahunan..yela, untuk kemajuan kerjaya dan of course untuk kenaikan gaji..time ni la, para bos akan menilai bagaimana dan apa yang kita dah buat sepanjang tahun tu..tahun ni rasanya ku banyak main..haha, kerja pon tak brapa nak fokus jerk..hukhuk...tapi Alhamdulillah, takdelah keja pending ke hapa....hurm, tadi bos dah panggil, tanya nak bagi bape markah..haha, cam klakar pon ada..ku dengan penuh sopan dan santun sangat menjawablah, ikut bos la..mana-mana pon takpe...iyo la, kang demand markah lelebih kang dia tanyer plak awak keje bagus sangat ke?kuikuikui..so terima la setimpal dengan apa yang kita buat kan..yang penting bekerja dengan ikhlas supaya rezeki tu halalll...aicehhhh...okla, bubye..:)

Sunday, January 8, 2012

adakah saya setabah mereka...

Salam hujung minggu..esok dah start keje dan sekolah balik kan..so kembali sibuk lah kita semua..ku baru saja on lappy, nak jenguk FB dan jengah blog kengkawan, ternampak status teman sekelasku masa form 4 dan form 5, Teh Darina Sharni, yang baru sahaja kehilangan anak keduanya dalam kui 9.05mlm tadi..Innalillahiwainnailaihirajiun...pergi jua si kecil tu, Eryna Sara..si comei ini lahir hampir sebulan lalu, dan disahkan doktor yang salur pemakanan dia kecil lalu satu pembedahan dilakukan untuk memperbesarkannya..lepastu dengarnya buat 2nd operation plak sebab ada masalah pernafasan..hurm..mula kritikal 2-3 hari lepas sebab kondisi dia yang makin tak stabil dan akhirnya dia pergi...perginya dia di pangkuan ibu nya..Ya Tuhan, kalau ku berada di tempatnya adakah aku setabah dia ye...hilang zuriat yang  dikandung 9 bulan  hanya selepas sebulan dilahirkan..yang pasti dia tetap akan ke syurga dan akan menanti mama dan papanya di sana..Al-Fatihah buat Eryna Sara...:(



Saturday, January 7, 2012

kerintingnya rambut anak dara saya angkara siapa

Salam tahun baru 2012 buat semua..semoga tahun ini bermula dengan perkara yang baik-baik sahaja..Insyaallah..rasanya tak terlambat lagi nak wish sebab kita masih lagi dalam minggu pertama di tahun baru ini...azam saya?nak lebih rajin menulis di sini..terapi katanya..:)saya sebenarnya suka sangat menulis..jeles tengok orang lain pandai jer bercerita di blog mereka..
ok, saja nak cecite tentang rambut anak dara yang satu itu..rambutnya memang kerinting..ada gak orang yang bertanya ingatkan saya bikin rambut anak saya itu..ishhh, idak ler kerja kami suami isteri nak kerintingkan rambut hannah tu..rambut kerintingnya adalah asli, dan semestinya dari gen ibu dan ayahnya..hehehe..lebat gak rambut dia..kejap jer panjang.tambah plak sebab hari-hari basuh kan takut masyam..ahahaha..sian gak nampak dia berpeluh-peluh kalau terlebih main..abistu nak buat camner kan..rambut lebat...biarlah, sebab ramai kata rambut dia lawa...hikhik..

ok, nak tengok hannah yang terbaharu?....meh tengok gambar mengada dia...


cinta hati saya nih


psst: ramai giler orang shopping kat sogo, banyak tui duit orang Mesia nih..hikhik

SEMOGA SENTIASA DIBAWAH RAHMATNYA

Daisypath Anniversary tickers

PERMAISURI KASIH SAYANG

Lilypie Second Birthday tickers