titipan mesra, cetusan rasa

Salam Sejahtera para pengunjung, semua catatan di laman ini adalah cetusan hati daku sahaja, tiada niat menyindir sesiapa yer..andai ada yang terasa atau ada silapnya di mana-mana sila beritahu daku.. sumber gambar adalah dari google sekiranya bukan dari milik peribadiku..selamat membaca dan happy blogging!

kamu sumber ilhamku

Wednesday, May 9, 2012

terima kasih kerana mengajar kami

Salam..kita baru naik dari latihan kebakaran..penat sehh kena turun dr tingkat 14 dan berjemur di padang pasir..ngeee..ok, ku bukan nak citer psl latihan kebakaran tuh, just nak kongsi satu kejadian yang berlaku kat kami suami isteri ari ahad yang lalu.
ketika itu, kami baru lepas keluar dari restoran Mc Donalds kat Jalan Pahang sana..ketika kami berjalan ke kereta untuk balik, tetiba terdengar suara seseorang memanggil suamiku dengan panggilan begini" pakcik, nak duit..nak makan mcd, nak beli ayam kfc"..kami pon menoleh ke belakang tengok anak siapakah itu...rupanya ada sorang anak kecil perempuan berusia lebih kurang 9 tahun...terpinga jap kami..pastu si suami pon  jawablah "kalau nak duit pakcik taknak kasi, kalau nak makan, jom kita masuk dalam, pakcik belikan"...so  kami pon patah la balik nak belikan makanan tu dia..sambil jalan tu si suami tanya lah dia, datang dengan siapa?dia kata "tu ayah ngan abang"..rupanya ayah ngan abg dia (lebih kurang form 1 kot) ada duduk kat bahu jalan, celah2 kereta sambil tunduk (maybe segan/malu).ayahnyer berkopiah dan berkain pelekat..kami suami isteri pon terdiam jer sambil pandang ayah budak nih...ku ada juga tanya dia ayah tak kerja ker?katanya tak..mak jaga anak orang...dah setel sume, bagi makanan kat dia..dia pon trus berlari menuju ke ayah dan abang dia...apa yang jadi selepas itu Wallahualam.
hurm..tak taulah nak cakap macam mana..terbayangkan anak sendiri time tuh..apa.yang kami tahu kami dah belajar sesuatu dari kejadian ini..sesamalah kita fikirkan yer...:)



3 comments:

♥cikmOt♥ said...

hurmm...tul tuh...sesama kita fikirkan...

.:fyzz:. said...

iya la..bila tgk anak mata budak tuh msti kita akna ingt akan anak kita kan..kalau dia tak susah tak lapar ..takkan nk meminta kan..tangan yg memberi lebih baik dari yg meminta..
sama2 kita renungkan..

*SiRibenMerah said...

kesian..
mereka meminta lebih baik dari mencuri...

SEMOGA SENTIASA DIBAWAH RAHMATNYA

Daisypath Anniversary tickers

PERMAISURI KASIH SAYANG

Lilypie Second Birthday tickers